Terminal baru kereta api penumpang di Bangkok mula beroperasi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP Photo/Sakchai Lalit)
BANGKOK: Thailand memulakan era baru perjalanan kereta api pada Khamis (19 Jan) sedang stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara itu mula beroperasi secara rasmi.
Kerajaan Thailand menyatakan pembangunan moden yang besar di pinggir pusat Bangkok akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab serantau dan meningkatkan ekonominya.
Ia secara rasmi dipanggil Terminal Pusat Krung Thep Aphiwat iaitu nama yang dikurniakan oleh raja.
Namun, bagi kebanyakan orang ia lebih berkemungkinan dikenali sebagai Stesen Besar Bang Sue, sempena nama kawasannya di Bangkok.
Kos terminal baru itu, termasuk stesen, landasan kereta api bertingkat dan stesen penghubung bagi sistem transit awam Bangkok, adalah sekitar AS$1 billion (S$1.3 bilion).
Demikian menurut pengarah operasi trafik bagi Kereta Api Negara Thailand Takun Indarachome.
Hampir semua perkhidmatan kereta api domestik dan antarabangsa jarak jauh Thailand akan melalui terminal baru itu, yang mula dibina sedekad lalu.
Kereta api pertama yang keluar dari stesen baru itu menuju ke Sungai Kolok, di sempadan selatan Thailand dengan Malaysia.

Sumber : AP/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.