'Terlalu panas di luar': Warga Saudi pilih untuk berjalan, berlari-lari anak di pusat beli-belah
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Kedai-kedai mungkin belum dibuka, tetapi ruang berhawa dingin di pusat beli-belah Riyadh sudahpun sesak.
Ruang tersebut malah menjadi tumpuan bagi para pejalan kaki dan mereka yang berlari-lari anak, memandangkan ia menyediakan persekitaran yang dingin untuk mereka bersenam.
Sekumpulan pejalan kaki dan mereka yang berlari-lari anak adalah antara pengunjung terawal untuk tiba di pusat membeli-belah itu, termasuk seorang jurutera berusia 55 tahun Mohammed Sultan, serta isterinya yang lengkap berniqab.
"Ia terlalu panas di luar untuk bersenam. Cuaca di sini sejuk dan tidak membuat kami haus," jelas Encik Sultan. Beliau menarik perhatian bahawa pada bulan Oktober, di hujung tempoh panas di Arab Saudi, suhu pada sebelah pagi boleh mencecah 40 darjah Celsius.
"Berjalan di gim (di atas treadmill) sangat membosankan," selorohnya.
Ia sudah menjadi kegiatan seharian yang biasa dilihat di pusat membeli-belah di merata ibu kota Saudi. Ia sekali gus menekankan bahawa sungguhpun terdapat lebih banyak minat ke dalam kegiatan kecergasan fizikal dalam kalangan penduduk di negara itu, masih terdapat kekurangan ruang yang sesuai untuk penduduk bersenam.
Kira-kira satu daripada lima rakyat Saudi dilaporkan memiliki berat badan berlebihan, menurut tinjauan menyeluruh yang diterbitkan Bank Dunia tahun lalu. Ia bahkan, menyifatkan isu tersebut sebagai "membimbangkan".
Bagi menangani isu tersebut, Persekutuan Sukan untuk Semua Arab Saudi kini menganjurkan perlumbaan seperti Maraton Riyadh, yang menarik ribuan pelari tahun ini di jalan raya di ibu kota tersebut.
Namun, acara sedemikian tidak dianjurkan secara berkala. Meskipun terdapat lebih banyak gim baharu yang disediakan, ia kerap menawarkan yuran yang agak mahal.
'SATU-SATUNYA PILIHAN'

Walau bagaimanapun projek itu - yang dianggap oleh penganjur sebagai "tulang belakang hijau melalui bandar" dengan "ciri-ciri air penyejukan" dan padang bola sepak yang berteduh - akan mengambil masa bertahun-tahun untuk siap.
Ini menjadikan pusat beli-belah sebagai "satu-satunya pilihan" bagi ramai orang buat masa ini, kata ekspatriat Australia Zuzana Kalous, yang membentuk kumpulan berjalan kaki wanita di Riyadh pada tahun 2020. Mereka bertemu empat kali seminggu di pusat beli-belah yang berbeza untuk berjalan kaki bersama.
"Pusat beli-belah adalah selamat bagi kaum wanita, berhawa dingin dan dikawal. Tiada pencemaran, tiada habuk, tiada lalu lintas," jelasnya kepada AFP.

Sumber : Today/SS/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.