Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Terlalu awal tuduh Kerajaan Perpaduan gagal, kata Fadillah Yusof

Anggaran Waktu Membaca:
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai ‘gagal.’

Beliau berkata mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai gagal, sepatutnya berpolitik ke arah pembangunan negara dengan memberikan pandangan membina dan bukan berbentuk negatif.

“Saya hormati Dr Mahathir sebagai seorang yang telah banyak menyumbang kepada negara dan berharap beliau terus membantu kita.

“Sekarang rakyat Malaysia memerlukan kita bersatu padu, kita tidak mampu untuk berpolitik lagi, kalau terlalu banyak politik akan menyebabkan kita ketinggalan dari negara-negara lain dan di rantau Asia,” katanya kepada para pemberita selepas majlis kesyukuran dan minum petang bersama Persatuan Penduduk Kampung Datu Sibu pada Ahad (5 Mac).

Encik Fadillah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Sabtu (4 Mac) yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan gagal membawa sebarang perubahan besar kepada rakyat selain menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa kesan untuk negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu juga berkata ketika ini adalah masa untuk memulihkan ekonomi negara dengan menggalak lebih ramai pelabur luar datang ke Malaysia.

“Jangan memberikan komen yang boleh menjejaskan negara kita dari sudut ekonomi serta pandangan dunia. Kini sudah banyak pelabur baru datang ke negara kita disebabkan perpaduan dan kestabilan politik,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Amazon Web Services akan melabur sebanyak RM25.5 bilion bagi memperkukuh industri teknologi maklumat dan komunikasi serta menyokong perkembangan perniagaan- perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan