Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Terkejut lihat wajah tanpa solekan, lelaki Mesir ini langsung bercerai

Seorang lelaki di Mesir menceraikan isterinya yang baru sebulan dinikahinya selepas kecewa melihat wajah wanita itu tanpa solekan.

Anggaran Waktu Membaca:

KAHERAH: Seorang lelaki di Mesir menceraikan isterinya yang baru sebulan dinikahinya selepas kecewa melihat wajah wanita itu tanpa solekan.

Lelaki itu berkata dia terkejut melihat wajah isterinya tanpa secalit solekan sehari selepas majlis perkahwinan mereka, lapor akhbar Gulf Times, sambil menukil laporan media tempatan.

Lelaki itu memfailkan tuntutan untuk bercerai di mahkamah keluarga.

"Saya tertipu kerana dia memakai solekan yang tebal sebelum kami berkahwin.

"Wajahnya hodoh tanpa solekan," katanya di mahkamah.

Lelaki itu berkenalan dengan isterinya melalui laman sosial Facebook di mana wanita itu sering memuat naik gambarnya yang disolek cantik.

Selepas bertemu beberapa kali, lelaki itu memutuskan untuk berkahwin dengan wanita tersebut namun segala-galanya berubah setelah dia menyedari bahawa wajah wanita itu kelihatan berlainan tanpa solekan.

"Selepas majlis itu saya nampak wajah sebenarnya tanpa solekan," kata lelaki itu di mahkamah.

"Saya terkejut... wajahnya amat berbeza daripada wanita yang saya temui beberapa kali sebelum kami berkahwin."

Lelaki itu mendakwa dia diperdaya lalu mengambil tindakan untuk menceraikan isterinya itu.

"Saya melihat gambarnya di Facebook, dia benar-benar kelihatan berbeza apabila tidak memakai solekan," katanya.

"Saya tertipu dan mahu menceraikannya."

Ini bukan kali pertama seorang lelaki memfailkan perceraian setelah melihat isterinya tanpa solekan.

Pada 2016, satu pasangan di Amiriah Arab Bersatu bercerai enam bulan selepas berkahwin selepas si suami melihat isterinya tanpa solekan.

Kejadian itu berlaku apabila pasangan itu berenang di pantai Al Mamzar di Sharjah.

Lelaki berusia 34 tahun itu memfailkan tuntutan bercerai selepas solekan yang dipakai isterinya terbasuh dia berenang.

Wanita berusia 28 tahun itu menjalani rawatan psikologi bagi menangani trauma akibat perceraian itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan