Terima ugutan bunuh, wartawan TV3 buat aduan polis
Seorang wartawan penyiaran yang menerima ugutan bunuh berikutan satu laporan yang dibuat pada 1 Januari, tampil membuat laporam polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Seorang wartawan penyiaran yang menerima ugutan bunuh berikutan satu laporan yang dibuat pada 1 Januari, tampil membuat laporam polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Ugutan bunuh itu diterima menerusi laman sosial Facebook setelah tular video pendedahan berkenaan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam yang beroperasi tanpa kemudahan asas elektrik dan bekalan air.
Encik Mohd Ishak Abdillah Ngah, wartawan penyiaran TV3 Terengganu berkata laporan polis itu dibuat Selasa malam (2 Jan) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, bagi memastikan keselamatan diri serta keluarganya, setelah menerima ugutan bunuh daripada beberapa individu.
"Saya dikecam dengan kata-kata kesat dan ugutan bunuh. Selain itu, ada juga yang bertindak memuat naik komen kesat mahu memukul dan melempang saya selain mahu merosakkan harta benda,” katanya ketika ditemui di IPD Kuala Terengganu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Mat Din mengesahkan menerima laporan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada Isnin, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan berlaku masalah bekalan air dan elektrik di SRIDI Wakaf Mempelam yang kemudiannya diselesaikan pada hari yang sama setelah tular di laman sosial.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.