Skip to main content

Dunia

Tergamak kerat putus badan ibu sendiri dek pembahagian harta pusaka

Anggaran Waktu Membaca:
Tergamak kerat putus badan ibu sendiri dek pembahagian harta pusaka
Diterbitkan : 06 Jun 2022 11:24AM Dikemas Kini : 06 Jun 2022 11:28AM

IPOH: Hasil bedah siasat ke atas keratan mayat wanita warga emas yang dipercayai dibunuh anaknya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak, mendapati punca kematiannya adalah akibat luka tetakan dan potongan tubuh.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata proses bedah siasat ke atas keratan mayat wanita berusia 68 tahun itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh semalam (5 Jun).

"Tubuh mangsa sudah dikerat hingga putus kepada 15 bahagian termasuk kepala, tangan, kaki dan organ badan yang lain," katanya dalam kenyataan semalam (5 Jun).

Pada Sabtu (4 Jun), polis menahan lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai membunuh dan mengerat badan ibunya berikutan penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah itu kira-kira pukul 3.30 petang.

Mangsa hanya tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lalu selepas suami mangsa meninggal dunia. Anak-beranak itu menjalankan urusan jual beli barangan terpakai.

Polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang yang dipercayai digunakan suspek bagi melakukan pembunuhan. Tindakan itu dilakukan suspek gara-gara tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.

Suspek, yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik, pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang 20 tahun lalu namun tidak menerima rawatan susulan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita