Terengganu tetap larang jual vape meski terdapat rayuan
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa pihak berwajib di peringkat persekutuan untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan vape atau rokok elektronik secepat mungkin. (Gambar fail: Bernama)
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ini selepas kerajaan negeri melakukan pemakluman awal mengenai larangan tersebut dan memberikan masa yang cukup iaitu sekitar tujuh bulan sebelum pelaksanaan penguatkuasaan itu.
“Kita juga bagi tempoh lanjutan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai lalu, sebelum kita betul-betul kuat kuasakan pada 1 Ogos lalu.
"Tempoh lanjutan itu juga diberikan berikutan permintaan yang dikemukakan oleh pihak berkaitan dalam pertemuan dengan kerajaan negeri sebelum ini.
“Oleh itu tempoh yang cukup telah kita berikan untuk peniaga menghabiskan stok vape mereka sebelum premis mereka tidak lagi dibenarkan menjual barangan tersebut,” katanya, yang tidak lagi menerima alasan segelintir peniaga yang mendakwa masih terdapat banyak stok produk vape yang belum terjual di premis mereka.
Encik Wan Sukairi berkata selaras dengan larangan penjualan vape, kesemuan kain rentang atau papan iklan berkaitan produk vape, termasuk kain rentang atau iklan program yang menerima penajaan daripada syarikat vape di seluruh negeri, perlu diturunkan.
Beliau menambah penguatkuasaan larangan tersebut dibuat bertujuan melindungi rakyat Terengganu terutama generasi muda daripada kesan buruk akibat pengambilan vape.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.