Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Terengganu larang kedai gunting rambut uniseks

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS melarang kedai gunting rambut uniseks daripada beroperasi di negeri itu dengan pengusaha salun yang melanggar syarat lesen boleh didenda antara RM500 (S$154) hingga RM1,000 (S$308), lapor Malaysiakini. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alias Razak, peraturan bagi pengasingan jantina itu bukan peraturan baru yang digubal kerajaan negeri sebaliknya merupakan syarat lesen sedia ada.

“Salun rambut atau kedai gunting rambut, sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk lelaki dan wanita pada masa yang sama,” katanya, seperti dipetik Sin Chew Daily.

Menurutnya, pengusaha kedai gunting rambut mesti mematuhi syarat lesen atau mereka akan didenda atau lesen mereka akan dibatalkan.

"Tiada pengecualian untuk salun rambut atau kedai gunting rambut yang diusahakan oleh bukan Islam. Jika kita benarkan tukang gunting rambut wanita bukan Islam memotong rambut untuk pelanggan lelaki, lelaki Islam boleh mengunjungi kedai itu," katanya.

Baru-baru ini Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor menggesa syarat pelesenan kedai gunting rambut dilaksanakan bagi memastikan kedai gunting rambut dan spa di negeri itu mematuhi syarak dengan mengasingkan jantina.

“Persoalannya, sejauh mana syarat-syarat ini dipatuhi? Saya mendapat aduan daripada masyarakat yang menyuarakan kebimbangan apabila terdapat percampuran lelaki dan perempuan dalam perkhidmatan gunting rambut ini.

“Hal yang sama juga berlaku di premis spa dan salon kecantikan diri. Saya hairan bagaimana penggiat industri dandanan rambut dan salon kecantikan, boleh terlepas pandang perkara besar ini,” katanya dalam sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 29 November lalu.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan