Terdapat permintaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia masuk Sabah - Muhyiddin Yassin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Encik Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu yang bertindak keluar parti.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin. (Gambar fail: Olivia Harris/Reuters)
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Encik Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu yang bertindak keluar parti.
Encik Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia bagaimanapun bergantung kepada beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri bawah bayu itu.
"Yang penting kita tidak mahu timbul pertembungan daripada segi kepentingan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Golf Amal Encik Muhyiddin Yassin Kuala Lumpur (TSMCG) kepada 10 badan amal, hari ini (12 Dis).
UMNO Sabah dilaporkan lumpuh apabila Pengerusinya, Encik Hajiji Mohd Noor bersama sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk menjadi anggota politik bebas.
Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini (12 Dis) melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan ADUN dan dua senator, menurut Encik Hajiji yang juga Ketua UMNO Tuaran.
Mengulas lanjut, Encik Muhyiddin menyifatkan perkembangan baharu itu sesuatu yang baik untuk PH, khususnya apabila kesemua yang keluar parti itu menyatakan sokongan kepada parti gabungan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.