Tentera Yaman serang UAE
Tentera Yaman, yang disokong oleh pejuang sekutu dari Jawatankuasa Popular dilapor melancarkan serangan udara terhadap sasaran ekonomi strategik di Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Gambar hiasan senjata di Yaman. (Gambar: Mohamed Al-Sayaghi/Reuters)
SANAA: Tentera Yaman, yang disokong oleh pejuang sekutu dari Jawatankuasa Popular dilapor melancarkan serangan udara terhadap sasaran ekonomi strategik di Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Ia sebagai tindak balas terhadap serangan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.
Menurut sumber ketenteraan Yaman, tentera Yaman dan sekutu mereka menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dengan menggunakan dron Sammad-3 (Invincible-3) pada petang Isnin (27 Ogos).
Pada 26 Julai lalu, pasukan tentera Yaman dan pejuang Jawatankuasa Popular menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi menggunakan jenis serangan sama.
Arab Saudi dan sekutunya sudah melancarkan kempen ketenteraan terhadap Yaman pada bulan Mac 2015, dengan tujuan untuk mengembalikan kuasa kepada bekas presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi dan menghancurkan gerakan Houthi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.