Tentera udara Ukraine tembak jatuh 33 dron Rusia semalaman
Tentera udara Ukraine menembak jatuh 33 daripada 50 dron yang dilancarkan oleh Rusia semalaman, menurut pasukan tentera udara negara itu pada Jumaat (17 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Reuters)
KYIV: Tentera udara Ukraine menembak jatuh 33 daripada 50 dron yang dilancarkan oleh Rusia semalaman, menurut pasukan tentera udara negara itu pada Jumaat (17 Jan).
Menurutnya, sembilan dron "tersesat", merujuk kepada penggunaan peperangan elektronik oleh Ukraine untuk mengubah haluan dron-dron dari Rusia.
Satu dron dilaporkan tersasar dari Ukraine lalu menghala ke arah Romania.
"Serangan dron berniat jahat itu menyasarkan perusahaan di daerah Odesa, dan bangunan institusi, perniagaan privet dan rumah-rumah di Kharkiv, Cherkasy dan Kyiv musnah setelah dron musuh ditembak jatuh," menurut tentera udara Ukraine melalui aplikasi Telegram.
Prasarana pelabuhan di daerah Danube juga diserang, katanya.
Seorang pihak berkuasa daerah Kyiv berkata seorang kanak-kanak cedera disebabkan oleh serpihan yang runtuh daripada sasaran yang ditembak jatuh semasa serangan dron.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.