Skip to main content

Dunia

Tentera Thai tangguh pilihan raya

Pihak tentera Thailand menyatakan pilihan raya umum akan diadakan sebelum 9 Mei ini. Ia merupakan tarikh terakhir yang tertera dalam satu rang undang-undang yang sudah mendapat pengesahan Raja Thai.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jan 2019 08:13PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 10:00PM

BANGKOK: Pihak tentera Thailand menyatakan pilihan raya umum akan diadakan sebelum 9 Mei ini. Ia merupakan tarikh terakhir yang tertera dalam satu rang undang-undang yang sudah mendapat pengesahan Raja Thai.

Dalam kenyataannya hari ini (15 Jan) tentera Thai juga memberi amaran kepada para penunjuk perasaan yang menginginkan pilihan raya, supaya tidak mencetuskan rusuhan.

Menurut South China Morning Post (SCMP), ratusan orang mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Bangkok pada Ahad (13 Jan). Mereka menuduh kerajaan tentera tidak mengotakan janjinya untuk mengadakan pilihan raya umum pada 24 Feb.

Bantahan itu merupakan yang ketiga dalam tempoh seminggu selepas timbul desas-desus bahawa pilihan raya akan ditangguhkan lagi, lapor SCMP.

Suruhanjaya Pilihan Raya belum mengumumkan secara rasmi tarikh pilihan raya kerana menunggu dekri daripada Raja Thai. 

Sumber : Agensi berita/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita