Skip to main content

Dunia

Tentera Syria tawan kubu terakhir ISIS, 'khalifah' runtuh

Pasukan tentera diterajui pihak Kurdi mengisytiharkan tamatnya pemerintahan khalifah kumpulan militan ISIS selama lima tahun pada Sabtu (23 Mac) selepas berjaya menawan kubu terakhir kumpulan itu di timur Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Syria tawan kubu terakhir ISIS, 'khalifah' runtuh

Gambar fail perkampungan Baghouz di Syria (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Mar 2019 06:28PM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 06:31PM

BAGHOUZ: Pasukan tentera diterajui pihak Kurdi mengisytiharkan tamatnya pemerintahan khalifah kumpulan militan ISIS selama lima tahun pada Sabtu (23 Mac) selepas berjaya menawan kubu terakhir kumpulan itu di timur Syria.

Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang disokong pakatan dterajui Amerika Syarikat mengibarkan bendera kuningnya di Baghouz, sebuah kampung di kawasan terpencil di mana pejuang ISIS dari pelbagai warga negara cuba mempertahankan kubu itu buat kali terakhir.

Kemenangan SDF mengakhiri operasi perit enam bulan dan dicatat sebagai tarikh simbolik dalam peperangan yang merubah keadaan rantau di situ dan mencetuskan beberapa serangan pengganasan merata dunia.

"Angkatan Demokratik Syria mengisytiharkan runtuhnya pemerintahan ISIS dan kekalahannya 100 peratus," menurut jurucakap Mustefa Bali.

Pemerintah khalifah yang diisytiharkan Abu Bakr al-Baghdadi pada pertengahan 2014 mula menunjukkan tanda-tanda runtuh pada 2017 akibat serangan berkembar di Iraq dan Syria berjaya menawan semula kubu utamanya di Raqa dan Mosul.

Pertempuran selama hampir lima tahun menentang kumpulan pengganas ISIS menyebabkan kemusnahan besar-besaran ke atas bandar-bandar purba berusia ribuan tahun dan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal mereka. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita