Tentera Sudan setuju bantu bawa keluar warga asing; gencatan senjata gagal dipatuhi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Maheen S)
KHARTOUM: Tentera Sudan pada Sabtu (22 Apr) berkata ia bersetuju untuk membantu memindahkan warga asing dari negara itu ketika kejadian berbalas tembakan dan serangan udara terus bergema di seluruh ibu kota Khartoum. Ini meskipun kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 72 jam sempena Aidilfitri.
Kenyataan yang memetik ketua tentera Abdel Fatteh al-Burhan itu dibuat selepas pemimpin pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Mohamed Hamdan Dagalo, juga dikenali sebagai Hemedti, bersetuju untuk membuka lapangan terbang bagi membantu usaha membawa keluar warga asing.
Buat masa ini belum ada tanda-tanda pihak mana yang boleh memperoleh kemenangan pantas atau bersedia untuk berundur dan berunding.
Pihak tentera kini menguasai ruang udara tetapi RSF pula mempunyai pengaruh meluas di kawasan bandar termasuk di sekitar kemudahan utama di tengah Khartoum.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pada Jumaat bahawa 413 orang terbunuh dan 3,551 cedera sejak pertempuran meletus. Angka korban termasuk sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan di negara yang bergantung kepada bantuan makanan.
Usaha antarabangsa untuk membendung keganasan memberi tumpuan kepada gencatan senjata, dengan Setiausaha Negara AS Anthony Blinken kedua-dua pihak supaya menghormati gencatan senjata.
AS dan beberapa negara lain sudah membuat persiapan unutk membawa keluar rakyat mereka. Tentera berkata Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan China akan memindahkan diplomat dan warganegara lain dari Khartoum "dalam beberapa jam akan datang".
Kedutaan Arab Saudi telah pun memindahkan kakitangannya melalui jalan darat ke Pelabuhan Sudan. Mereka kemudian akan diterbangkan keluar dari sana dengan Jordan turut mengikuti cara yang sama, tambah tentera.
Ketua RSF Hemedti berkata di Facebook pada Sabtu (22 Apr) bahawa beliau telah menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres di mana mereka "menekankan keperluan untuk mematuhi gencatan senjata sepenuhnya dan menyediakan perlindungan kepada pekerja kemanusiaan dan perubatan".
RSF berkata ia bersedia untuk membuka sebahagian lapangan terbang bagi membolehkan pemindahan warga asing. Bagaimanapun, lapangan terbang antarabangsa Khartoum terjejas oleh pertempuran yang berlarutan. Status lapangan terbang lain atau kawalan RSF ke atasnya tidak jelas.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.