Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Rusia pintas dua peluru berpandu Storm Shadow Britain, kata Kementerian Pertahanan

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Rusia pintas dua peluru berpandu Storm Shadow Britain, kata Kementerian Pertahanan

Amerika Syarikat (AS) membekalkan peluru berpandu jarak lebih dekat HARM untuk membantu Ukraine menyasarkan sistem radar Ukraine. (Gambar fail: Todd Frantom/US Navy/AFP)

MOSKO: Tentera Rusia memintas dua peluru berpandu Storm Shadow, iaitu senjata jarak jauh yang dibekalkan ke Ukraine oleh Britain, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Sabtu (27 Mei).

Kementerian itu juga berkata ia telah memintas peluru berpandu jarak lebih dekat HARM dan pelancar roket HIMARS buatan Amerika Syarikat (AS) serta menembak jatuh 12 dron dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Rusia tidak menyatakan di mana kejadian itu  berlaku, tetapi membuat pengumuman itu dalam taklimat harian kementerian pertahanan, di mana ia memberikan maklumat terkini tentang apa yang disebutnya sebagai "operasi ketenteraan khas" di Ukraine.

Reuters tidak dapat segera mengesahkan laporan tersebut.

Kementerian Pertahanan Ukraine tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas laporan itu. Pegawai Kyiv sebelum ini berkata senjata yang dibekalkan Barat akan digunakan khusus terhadap tentera Rusia di dalam Ukraine.

Serangan dron dilaporkan berlaku jauh di dalam wilayah Rusia pada Sabtu, mengena pemasangan saluran paip minyak. Rusia menyalahkan serangan sedemikian ke atas Kyiv, walaupun Ukraine tidak secara terbuka mengaku melancarkan serangan terhadap sasaran di dalam Rusia.

Sumber : Reuters/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan