Skip to main content

Dunia

Tentera Rusia bedil masjid di Mariupol: Kementerian Luar Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Rusia bedil masjid di Mariupol: Kementerian Luar Ukraine

Gambar: AFP

Diterbitkan : 12 Mar 2022 05:59PM Dikemas Kini : 12 Mar 2022 06:02PM

LVIV: Ukraine menyatakan tentera Rusia telah membedil sebuah masjid di bandar pelabuhan Mariupol, selatan negara itu, di mana lebih 80 orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk warga Turki, sedang berlindung di dalamnya, lapor Reuters menukil kementerian luar Ukraine pada Sabtu (12 Mac).

Ukraine menuduh Rusia enggan membenarkan orang ramai keluar dari Mariupol, di mana sekatan telah menyebabkan ratusan ribu penduduk terperangkap. Rusia pula menyalahkan Ukraine atas kegagalan memindahkan orang ramai.

“Masjid Sultan Suleiman dan isterinya Roxolana (Hurrem Sultan) di Mariupol telah dibedil pasukan penceroboh Rusia,” kata kementerian luar menerusi Twitter. "Lebih 80 orang dewasa dan kanak-kanak bersembunyi di sana termasuk rakyat Turki."

Namun, tidak dinyatakan sama ada terdapat orang yang terbunuh atau cedera.

Moscow menafikan menyasarkan kawasan awam dalam apa yang dipanggilnya operasi ketenteraan khas di Ukraine.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita