Tentera perikatan Saudi musnahkan dron kumpulan Houthi
Perikatan tentera pimpinan Arab Saudi di Yaman pada Ahad (6 Sep) berjaya memintas dan memusnahkan beberapa dron yang dilancarkan kumpulan pemberontak Houthi ke selatan Saudi.
KAHERAH: Perikatan tentera pimpinan Arab Saudi di Yaman pada Ahad (6 Sep) berjaya memintas dan memusnahkan beberapa dron yang dilancarkan kumpulan pemberontak Houthi ke selatan Saudi.
Menurut kumpulan Houthi, sasaran dron-dronnya itu adalah lapangan terbang antarabangsa Abha.
Ia mendakwa serangan tersebut menyebabkan lapangan terbang itu digantung operasinya selama beberapa jam.
Bagaimanapun menurut jurucakap tentera perikatan pimpinan Saudi, Kolonel Turki Al-Maliki, dron-dron yang sarat dengan bahan letupan itu telah menyasarkan beberapa tapak awam di selatan Saudi.
Tentera pemerintah Yaman dengan sokongan tentera perikatan negara-negara Arab juga berjaya menumpaskan serangan-serangan kumpulan Houthi sejak 48 jam lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.