Tentera Myanmar sahkan 6 orang Muslim Rohingya terbunuh di wilayah Rakhine
Tentera Myanmar mengesahkan bahawa enam orang Muslim Rohingya terbunuh di wilayah Rakhine.
Tentera Myanmar sahkan enam orang Muslim Rohingya terbunuh di wilayah Rakhine. (Gambar: Dibyangshu Sarkar/AFP)
YANGON: Tentera Myanmar mengesahkan bahawa enam orang Muslim Rohingya terbunuh di wilayah Rakhine.
Menurut pihak tentera, mangsa-mangsa terbunuh itu ada kaitan dengan kumpulan pemberontak.
Sejak kebelakangan ini, tentera Myanmar bertempur dengan Tentera Arakan, yang didakwa bertanggungjawab atas serangan-serangan terhadap pasukan tentera.
22 askar dan anggota polis terbunuh sejak Januari.
Namun, kumpulan pemberontak itu menafikan sebarang pertempuran bersenjata.
Pihaknya mendakwa, askar-askar menembak dari dua helikopter.
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia mengutuk pertempuran yang semakin berleluasa di Myanmar.
Agensi tersebut menyatakan, pihaknya sudah menerima laporan-laporan mengenai pembunuhan orang awam, penangkapan tanpa asas, tembakan secara melulu di kawasan-kawasan awam, dan rumah-rumah yang dibakar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.