Skip to main content

Dunia

Tentera Myanmar lanjutkan keadaan darurat; beri isyarat pilihan raya ditangguh

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Myanmar lanjutkan keadaan darurat; beri isyarat pilihan raya ditangguh

Junta tentera Myanmar memperhebat kekerasan dalam usaha mengawal tunjuk perasaan. (Gambar: AFP/Sai Aung Main)

YANGON: Tentera Myanmar mengumumkan ia melanjutkan keadaan darurat selama enam bulan pada Isnin (31 Jul), memberi isyarat pilihan raya yang dijanjikan diadakan menjelang Ogos, akan ditangguhkan.

Negara Asia Tenggara itu dilanda keganasan yang meragut nyawa sejak berlakunya rampasan kuasa daripada pemerintah Aung San Suu Kyi lebih dari dua tahun lalu, di mana ia melaksanakan tindakan keras terhadap penentangnya.

Ribuan rakyat dibunuh dan cedera sedang tentera Myanmar bertempur dengan kumpulan pemberontak baharu yang menentang pentadbiran tentera tersebut.

Pemangku presiden Myint Swe memberitahu dalam mesyuarat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC) yang kebanyakannya terdiri daripada anggota tentera Myanmar, bahawa "tempoh keadaan darurat akan dilanjutkan lagi enam bulan bermula 1 Ogos".

Tentera itu sebelum ini berjanji untuk mengadakan pilihan raya baharu menjelang Ogos tahun ini.

Ketua Tentera Min Aung Hlaing menjelaskan kepada majlis mesyuarat bahawa masih berlaku pertempuran dan serangan di Sagaing, Magway, Bago dan wilayah Tanintharyl, serta wilayah Karen, Kayah dan Chin.

"Kami memerlukan lebih banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab kami dalam persediaan sistematik dan tidak patut tergesa-gesa mengadakan pilihan raya," katanya dalam mesyuarat itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita