Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Myanmar kuat kuasakan perintah berkurung sebelah malam di Naypyitaw

Anggaran Waktu Membaca:
NAYPYITAW: Tentera Myanmar menguatkuasakan perintah berkurung sebelah malam di ibu kota Naypyidaw mulai Sabtu (17 Sep) lalu.

Perintah berkurung antara tengah malam hingga 4.00 pagi itu juga mengharamkan lebih empat orang daripada berkumpul. Perarakan dan ucapan awam juga diharamkan.

Tempat yang terjejas juga diluaskan ke beberapa lagi daerah. Sebanyak lapan bandar di Naypyitaw dikenakan perintah berkurung atas dasar bahawa sesetengah penduduk bertindak untuk menjejaskan keselamatan awam, undang-undang dan ketenteraman awam, menurut kenyataan oleh pentadbir bandar yang dilantik junta.

Sekatan lebih ketat juga dikenakan di kawasan-kawasan di mana bantahan diadakan.
Sumber : Agensi berita/AA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan