Skip to main content

Dunia

Tentera Malaysia jalankan latihan di Johor; persiapan hadapi ancaman terhadap kedaulatan negara

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Malaysia jalankan latihan di Johor; persiapan hadapi ancaman terhadap kedaulatan negara

Latihan ketenteraan di Johor bermula 1 hingga 13 Mei. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 May 2025 10:52PM Dikemas Kini : 02 May 2025 10:59PM
KUALA LUMPUR: Pasukan 21 Gerup Gerak Khas bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor akan melaksanakan satu latihan ketenteraan yang diberi nama Latihan Thunderstorm Siri 1/2025 bermula hari ini (2 Mei) hingga 13 Mei ini di beberapa kawasan di Johor.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataannya memaklumkan kawasan-kawasan yang terlibat adalah di sekitar Pengerang, Tanjung Pengelih, Teluk Ramunia dan Desaru.

"Latihan ini akan melibatkan pelbagai aset ketenteraan, pergerakan kenderaan taktikal, penerbangan helikopter serta beberapa elemen letupan.

"Sehubungan itu, adalah dinasihatkan supaya penduduk setempat dan pengguna jalan raya tidak panik serta mematuhi semua arahan keselamatan sepanjang tempoh latihan dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

TDM memaklumkan sekatan jalan raya dan titik kawalan lalu lintas akan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia di beberapa lokasi antaranya di sekitar Teluk Ramunia bermula 1 hingga 9 Mei ini.

Ia turut dilaksanakan di sekitar Jambatan Sungai Johor dan Terminal Feri Desaru Coast pada 10 Mei, manakala penutupan jalan sementara di Lebuhraya E22 bermula pukul 1.00 pagi hingga 3.00 pagi akan dijalankan pada 11 Mei ini.

"Latihan ini adalah sebahagian daripada kesiapsiagaan TDM dalam menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan terhadap kedaulatan negara.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih mengenai latihan ini," menurut kenyataan tersebut.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita