Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Laut Thai lancar operasi cari 33 anggota marin selepas kapal perang karam

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Tentera Thailand pada Isnin (19 Dis) mengerahkan kapal perang dan helikopter untuk mencari 33 anggota tentera laut yang hilang selepas sebuah kapal perang karam di laut yang bergelora di Teluk Thailand semalam.

Demikian menurut tentera laut Thailand.

Tiga kapal tentera laut dan dua helikopter dikerahkan untuk mencari mangsa yang hilang di perairan wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Bangkok, selepas kapal perang HTMS Sukhothai mengalami kerosakan enjin dan kemudian karam sejurus sebelum tengah malam, sekitar 20 batu nautika dari pantai Thailand.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan dalam cuaca buruk berjaya menyelamatkan 73 daripada 106 orang yang berada di atas kapal berkenaan, menurut tentera laut Thailand. Namun 33 anggota tentera itu terpaksa meninggalkan kapal berkenaan.

Tentera laut Thailand memuat naik gambar dan video ke laman Twitter yang menunjukkan sekumpulan kakitangan memakai jaket berwarna jingga dalam bot sedang mendayung jauh daripada kapal dalam keadaan gelap ketika laut bergelora. Namun tidak jelas beberapa bot yang digunakan.

The Sukhothai, kapal perang yang dibina di Amerika Syarikat dan digunakan sejak 1987, dipukul ombak kuat pada Ahad (19 Dis) sehingga menyebabkan kapal tersebut senget ke sebelah dan kemudian dinaiki air laut, kata jurucakap tentera laut, Laksamana Pogkrong Monthardpalin.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan