Tentera laut negara ASEAN sahkan komitmen keselamatan maritim
Para Ketua Tentera Laut dari 10 negara ASEAN mengesahkan lagi komitmen terhadap keselamatan maritim.
SINGAPURA: Para Ketua Tentera Laut dari 10 negara ASEAN mengesahkan lagi komitmen terhadap keselamatan maritim.
Ini merupakan kali pertama satu kenyataan bersama dikeluarkan semasa mesyuarat Ketua-Ketua Tentera Laut ASEAN ke-12 pada Sabtu (4 Ogos).
Kenyataan itu menandakan kesediaan tentera-tentera laut itu untuk mengukuhkan kerjasama, berkongsi maklumat serta mengamalkan Kod bagi Pertembungan di Laut yang Tidak Dirancang.
Panglima Angkatan Tentera Laut Singapura Laksamana Muda Lew Chuen Hong bercakap tentang peri pentingnya mempunyai peraturan dan norma-norma dalam berkongsi kawasan perairan.
Beliau juga menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai pertukaran maklumat dengan Ketua Panglima Tentera Laut Myanmar, Laksamana Tin Aung San.
Menteri Negara Kanan Bagi Pertahanan Dr Mohamad Maliki Osman juga meraikan para ketua tentera laut dalam jamuan tengah hari.
Di jamuan tersebut beliau menekankan lagi perlunya ada kerjasama bagi keselamatan dan kemajuan serantau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.