Tentera Laut India berjaya kesan kapal nelayan China terbalik di Lautan Hindi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Agensi berita
NEW DELHI: Angkatan Tentera Laut India pada Jumaat (19 Mei) menyatakan bahawa ia berjaya mengesan kapal nelayan China yang terbalik di Lautan Hindi pada awal minggu ini.
Seramai 39 anak kapal dipercayai berada di atas kapal tersebut.
Kapal nelayan "Lupeng Yuanyu 028" milik Penglai Jinglu Fishery Co Ltd yang berpangkalan di wilayah Shandong, terbalik pada awal Selasa (16 Mei).

"Pesawat P8I milik Angkatan Tentera Laut India menjalankan operasi mencari yang menyeluruh di kawasan tersebut dan berjaya menemui kapal nelayan yang terbalik pada 18 Mei," menurut kenyataan pihak tentera.
Angkatan Tentera Laut India sedang bersiap siaga untuk menghulurkan sebarang bantuan tambahan bagi usaha mencari dan menyelamat.
Media China sebelum ini melaporkan bahawa seramai 39 anak kapal berada di atas kapal tersebut, yang terdiri daripada 17 anak kapal warga China, 17 rakyat Indonesia dan lima dari Filipina, yang kesemuanya dilaporkan hilang.
Presiden China Xi Jinping telah mengarahkan segala usaha dilakukan untuk mencari para mangsa yang terselamat.
Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim China sudah memaklumkan negara-negara relevan tentang kemalangan berkenaan. Kementerian Luar China juga telah memaklumkan kedutaannya di Australia, Sri Lanka, Maldives, Indonesia, Filipina dan negara-negara lain untuk menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.