Tentera Israel umum bunuh anggota kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran di Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:
- Tentera Israel menyatakan pada Khamis (25 Dis) bahawa ia telah membunuh seorang anggota Pasukan Quds Iran di Lubnan yang dituduh terlibat dalam merancang serangan ke atas Israel dari Syria dan Lubnan.
- Dalam kenyataannya, tentera Israel mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Hussein Mahmoud Marshad al-Jawhari dan menyifatkannya sebagai seorang pegawai utama dalam Unit 840 Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
- Israel menegaskan bahawa operasi tersebut bertujuan untuk menyekat kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah, daripada membina semula keupayaan ketenteraannya.
- Gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat dimeterai pada yang menamatkan lebih setahun pertempuran antara Israel dan Hezbollah.
BAITULMAKDIS: Tentera Israel menyatakan pada Khamis (25 Dis) bahawa ia telah membunuh seorang anggota Pasukan Quds Iran di Lubnan yang dituduh terlibat dalam merancang serangan ke atas Israel dari Syria dan Lubnan.
Dalam kenyataannya, tentera Israel mengenal pasti lelaki tersebut sebagai Hussein Mahmoud Marshad al-Jawhari dan menyifatkannya sebagai seorang pegawai utama dalam Unit 840 Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
Al-Jawhari terbunuh di kawasan Ansariyeh di selatan Lubnan, menurut tentera Israel, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai operasi tersebut.
Beliau “beroperasi di bawah Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan terlibat dalam aktiviti pengganasan, yang diarahkan oleh Iran, terhadap Israel dan pasukan keselamatannya,” tambah kenyataan itu.
SERANGAN BERTERUSAN MESKI GENCATAN SENJATA DIMETERAI
Israel dan Iran terlibat dalam peperangan yang singkat pada Jun lalu dan sejak itu tentera Israel telah melancarkan serangan hampir setiap hari di Lubnan.
Israel menegaskan bahawa operasi tersebut bertujuan untuk menyekat kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah, daripada membina semula keupayaan ketenteraannya.
Gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat dimeterai pada yang menamatkan lebih setahun pertempuran antara Israel dan Hezbollah.
Perjanjian itu menyeru pelucutan senjata Hezbollah, bermula di kawasan-kawasan di bahagian selatan Sungai Litani, berhampiran sempadan dengan Israel.
Tiada komen segera daripada pegawai Iran atau Lubnan mengenai pengumuman Israel itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.