Tentera Israel temui 'kelemahan profesional' dalam insiden paramedik Gaza dibunuh
Anggaran Waktu Membaca:

Tangkapan skrin video yang dirakam oleh seorang paramedik yang menunjukkan saat sebelum beliau dan beberapa pekerja penyelamat lain dibunuh oleh tentera Israel di Gaza pada 23 Mac. (Gambar: AP)
TEL AVIV/BAITULMAKDIS: Tentera Israel menyatakan pada Ahad (20 Apr) bahawa semakan terhadap kejadian pembunuhan beberapa pegawai kecemasan di Gaza pada bulan lalu menemukan beberapa "kelemahan profesional" dan seorang komander akan dipecat berhubung kejadian itu.
15 anggota paramedik dan beberapa pekerja penyelamat lain ditembak mati pada 23 Mac dalam tiga kejadian tembakan berasingan di tempat yang sama berdekatan bandar selatan Gaza di Rafah.
Mereka kesemuanya dikebumikan dalam satu kubur di mana mayat-mayat mereka ditemui seminggu kemudian oleh para pegawai dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bulan Sabit Merah Palestin.
Dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Ahad, tentera Israel menyatakan seorang pegawai komander akan dihukum.
Seorang timbalan komander, seorang anggota reservis yang menjadi komander lapangan, akan dipecat daripada jawatannya kerana menyediakan laporan yang tidak lengkap dan tidak tepat, ia menambah.
"Pemeriksaan itu mengenal pasti beberapa kelemahan profesional, pelanggaran arahan dan kegagalan untuk melaporkan sepenuhnya kejadian itu," menurut tentera Israel dalam satu kenyataan.
"Tembakan yang dilepaskan dalam dua kejadian pertama itu berlaku akibat salah faham operasi oleh tentera Israel, yang percaya bahawa mereka berdepan ancaman daripada musuh.
"Kejadian ketiga melibatkan pelanggaran perintah semasa pertempuran," ia menyatakan.

Sumber : Agensi berita/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.