Tentera Israel siasat video askarnya didakwa tembak lelaki Palestin kurang daya intelek di Tebing Barat
Anggaran Waktu Membaca:

Petikan gambar daripada video yang diperolehi agensi berita CNN. (Gambar: video CNN)
TEBING BARAT: Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memulakan siasatan terhadap satu video yang diperolehi agensi berita CNN yang menunjukkan seorang askar Israel menembak dan mencederakan seorang warga Palestin yang kurang daya intelek berdekatan Hebron, Tebing Barat.
Tarek Abu Abed, yang mesra dengan panggilan "Ghazzawi" oleh rakan-rakan dan anggota keluarganya, sedang dalam perjalanan pulang pada Selasa (5 Dis) apabila ditahan tiga askar yang meminta dokumen pengenalan dirinya.
"Sesiapa yang berjumpa Tarek serta merta boleh tahu bahawa dia adalah individu berkeperluan khas," kata Diaa Abu Abed, saudara Tarek, yang menceritakan insiden itu kepada CNN menerusi panggilan telefon pada hari yang sama..
"Akalnya seperti seorang kanak-kanak."
Apabila Tarek Abu Abed memberitahu kumpulan askar itu bahawa dia tidak membawa dokumen pengenalan diri, satu pergaduhan berlaku sehingga Tarek ditembak, menurut Diaa Abu Abed, lapor CNN.
IDF mengesahkan kepada CNN bahawa beberapa askar Israel terlibat dalam insiden dirakam video tersebut dan menyatakan polis tentera sedang menyiasat perkara itu.
"Berdasarkan maklumat awal, semasa pemeriksaan dijalankan awal hari ini (Selasa) dekat bandar Hebron, seorang warga Palestin ditembak pada bahagian kaki dan dihantar untuk menerima rawatan perubatan," menurut IDF dalam satu kenyataan media.
Video itu, yang dirakam dari sebatang jalan raya di tempat kejadian, menunjukkan keadaan sejurus selepas Tarek mengatakan beliau tiada dokumen pengenalan diri.
Ia menunjukkan tiga lelaki berpakaian seragam tentera mengelilingi seorang lelaki yang sedang berlutut, dan bersebelahan seorang lagi lelaki berbaju merah yang dikenal pasti oleh Diaa sebagai rakan Tarek.
"Lelaki berbaju merah dalam video itu datang untuk mempertahankannya (Tarek) dan memberitahu tentera Israel bahawa saudara saya itu berkeperluan khas," kata Diaa Abu Abed.
"Dia memang dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai seorang yang kurang daya intelek. Tentera enggan mendengarnya."
Diaa Abu Abeh memberitahu CNN bahawa seorang penduduk yang menyaksikan insiden itu menghubunginya dan beliau segera ke tempat kejadian.
Persatuan Palang Merah Palestin menyatakan dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa pihaknya sudah menghantar Tarek, 34 tahun, yang cedera akibat peluru pada bahagian kakinya, dari daerah Qalqas ke hospital, lapor CNN.
Tarek Abu Abeh mengalami pendarahan teruk dan sudah menjalani pembedahan pada bahagian kakinya, kata Diaa Abu Abed.
Perang Israel-Hamas turut memburukkan keadaan di Tebing Barat dengan warga Israel yang menduduki Tebing Barat menyerang warga Palestin menyebabkan raturan warga Palestin terbunuh.
Sekurang-kurangnya 256 warga Palestin terkorban disebabkan serangan tentera atau warga Israel yang menduduki Tebing Barat serta Timur Baitulmakdis sejak 7 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan, seperti dipetik CNN.

Sumber : AGENCIES/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.