Tentera Israel siap sedia pindahkan penduduk ke selatan Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Asap muncul dari jauh selepas Israel serang Khan Younis di selatan Carikan Gaza pada 14 Ogos 2025. (Gambar: Reuters/Hatem Khaled)
BAITULMAKDIS/KAHERAH: Para penduduk Carikan Gaza akan dibekalkan dengan khemah dan peralatan perlindungan lain mulai Ahad sebagai persediaan untuk memindahkan mereka dari medan pertempuran ke bahagian selatan wilayah itu "bagi memastikan keselamatan mereka," menurut kenyataan tentera Israel pada Sabtu (16 Ogos).
Langkah itu dilakukan beberapa hari selepas Israel menyuarakan hasrat untuk melancarkan serangan baharu bagi menguasai bahagian utara Bandar Gaza, pusat bandar terbesar di wilayah tersebut, dalam rancangan yang menimbulkan kebimbangan antarabangsa terhadap nasib wilayah yang musnah itu dan sekitar 2.2 juta penduduknya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad lalu berkata bahawa sebelum melancarkan serangan tersebut, penduduk awam akan dipindahkan dari Bandar Gaza ke tempat yang beliau gelar sebagai "zon selamat". Beliau percaya, bandar itu adalah kubu terakhir Hamas.
Peralatan perlindungan itu akan dihantar melalui lintasan sempadan Kerem Shalom di selatan Gaza oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi bantuan antarabangsa lain, setelah diperiksa oleh pegawai dari kementerian pertahanannya, menurut pihak tentera.
Seorang jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan Israel untuk memindahkan para penduduk ke selatan Gaza, sambil berkata ia hanya akan memburukkan penderitaan mereka.
Namun, badan PBB itu menyambut baik pengakuan Israel bahawa perlindungan adalah keperluan mendesak, dan bahawa khemah serta peralatan perlindungan lain akan dibenarkan masuk semula ke Gaza. "PBB dan rakan-rakannya akan memanfaatkan peluang ini," kata jurucakap tersebut.
PBB memberi amaran pada Khamis bahawa ribuan keluarga yang sedang menderita kini di ambang kehancuran jika rancangan Israel untuk Bandar Gaza diteruskan.
Para pegawai Palestin dan PBB juga menyatakan bahawa kini tiada tempat selamat dalam wilayah tersebut — termasuk kawasan di selatan Gaza di mana Israel mengarahkan para penduduknya berpindah.
Pihak tentera enggan mengulas apabila ditanya sama ada peralatan perlindungan itu diperuntukkan untuk penduduk Bandar Gaza yang kini dianggarkan sekitar satu juta orang, dan sama ada lokasi pemindahan mereka di selatan Gaza adalah di kawasan Rafah yang bersempadan dengan Mesir.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata pada Sabtu bahawa rancangan untuk melancarkan serangan baharu di Gaza sedang dirumuskan.
Kumpulan militan Palestin, Jihad Islam, yang merupakan sekutu Hamas, menyifatkan pengumuman tentera Israel itu "sebagai sebahagian daripada serangan kejam untuk merampas Bandar Gaza, dan merupakan penghinaan terang-terang terhadap konvensyen antarabangsa."
Namun, tentera Israel sudah pun meningkatkan operasi di pinggir
Bandar Gaza sepanjang minggu lalu. Para penduduk di kawasan Zeitoun dan Shejaia melaporkan berlakunya serangan hebat dari udara dan tembakan dari kereta kebal Israel.
Penduduk di situ turut melaporkan letupan sepanjang hari selepas kereta kebal Israel menembak ke arah rumah di bahagian timur kawasan tersebut.
Tentera Israel pada hari Jumaat menyatakan bahawa mereka memulakan operasi baharu di Zeitoun untuk mengesan bahan letupan, memusnahkan terowong, dan membunuh anggota militan di kawasan itu.
Peperangan itu bermula selepas Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober 2023, membunuh 1,200 orang dan menawan 251 tebusan, menurut pihak berkuasa Israel. 20 daripada baki 50 tebusan yang masih berada di Gaza dipercayai masih hidup.
Sejak itu, lebih 61,000 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel ke wilayah itu, menurut kementerian kesihatan Gaza. Ia juga mencetuskan krisis kebuluran, memaksa penduduk Gaza berpindah randah, dan memusnahkan sebahagian besar Gaza.
Rakyat Israel dijangka mengadakan bantahan pada Ahad untuk menuntut pembebasan para tebusan dan dihentikan perang tersebut, dengan banyak perniagaan, pihak berkuasa tempatan dan universiti menyuarakan sokongan mereka bagi bantahan tersebut.
Rundingan untuk mencapai gencatan senjata selama 60 hari yang disokong Amerika Syarikat dan pembebasan tebusan menemui jalan buntu bulan lalu, dan pihak perantara, iaitu Mesir dan Qatar, sedang berusaha menghidupkan semula rundingan tersebut.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.