Tentera Israel kembali bertempur di Jabalia
Seorang wanita Palestin bersedih atas kematian anak lelakinya dalam serangan udara Israel ke atas Jabalia pada 14 Mei 2025. (Gambar fail: AP Photo/Jehad Alshrafi)
Mereka berkata "aktiviti askar-askar itu membolehkan pertempuran diperluaskan ke kawasan tambahan dan menghalang Hamas daripada kembali beroperasi di kawasan-kawasan tersebut".
Menteri pertahanan Israel memberi amaran pada Jumaat (22 Ogos) bahawa bandar terbesar Gaza boleh dimusnahkan selagi Hamas tidak bersetuju dengan syarat-syarat negara.
Ini sedang pihak berkuasa utama di dunia mengenai krisis makanan menyatakan Gaza dicengkam kebuluran akibat peperangan dan sekatan bantuan kemanusiaan oleh Israel.
Sehari selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa beliau akan memberi kuasa kepada tentera Israel untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi menakluk Gaza City, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz memberi amaran kawasan itu berisiko "menjadi seperti Rafah dan Beit Hanoun," iaitu dua kawasan di Gaza yang sebahagian besarnya sudah pun musnah di peringkat awal peperangan.
Encik Katz turut mengulangi tuntutan gencatan senjata Israel untuk semua tebusan dibebaskan dan Hamas melucutkan senjata-senjatanya sepenuhnya.
Hamas kemudian mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan komen Encik Katz sebagai "pengakuan melakukan jenayah yang serupa dengan penghapusan etnik."
Hamas menyatakan ia akan membebaskan tawanan sebagai pertukaran untuk menamatkan perang, tetapi ia menolak usulan pelucutan senjata tanpa mewujudkan negara Palestin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.