Skip to main content

Dunia

Tentera Israel akui tersilap lancar peluru pemintas ke arah aset sendiri di selatan Lubnan

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Israel akui tersilap lancar peluru pemintas ke arah aset sendiri di selatan Lubnan

Kenderaan tentera Israel bergerak di sebuah jalan di selatan Lubnan, dilihat dari kawasan Israel dekat sempadan Israel dan Lubnan di utara Israel. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 12 Aug 2026 12:18PM
  • Tentera Israel mengaku tersilap melancarkan peluru pemintas ke aset sendiri di selatan Lubnan akibat kesilapan operasi.
  • Tiada kecederaan dilaporkan dan semboyan kecemasan tidak diaktifkan semasa insiden berlaku.
  • Pihak tentera Israel sedang menyiasat punca kejadian untuk mengelakkan kesilapan berulang pada masa depan.
  • Ketegangan di sempadan Israel-Lubnan masih berterusan walaupun terdapat gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat.
Dijana oleh AI
BAITULMAKDIS: Tentera Israel mengakui melancarkan sebuah peluru pemintas secara tidak sengaja ke arah sasaran yang kemudian dikenal pasti sebagai aset miliknya sendiri di selatan Lubnan.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel menyatakan insiden itu berlaku akibat kesilapan semasa operasi dijalankan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan semboyan kecemasan juga tidak diaktifkan.

Menurut tentera Israel, insiden tersebut sedang disiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kesilapan itu serta mengelakkan kejadian serupa berulang.

Insiden itu berlaku sedang ketegangan berterusan di kawasan sempadan Israel dan Lubnan meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat masih berkuat kuasa.

Walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai, tentera Israel terus mengekalkan kehadirannya di beberapa kawasan di selatan Lubnan dan melancarkan serangan secara berkala di wilayah tersebut.

Sejak beberapa bulan lalu, keadaan keselamatan di sempadan Israel dan Lubnan kekal rapuh, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar syarat gencatan senjata.

Pihak berkuasa Israel setakat ini belum memberikan maklumat lanjut mengenai jenis aset yang tersilap disasarkan atau lokasi tepat kejadian di selatan Lubnan.
Sumber : Agensi berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita