Skip to main content

Dunia

Tentera Darat M'sia pertimbang ambil semula anggota dipecat jika terima vaksin COVID-19

Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Zamrose Mohd Zain.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Darat M'sia pertimbang ambil semula anggota dipecat jika terima vaksin COVID-19

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Aug 2021 09:34AM Dikemas Kini : 26 Aug 2021 09:41AM

KUALA LUMPUR: Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 akan dipertimbangkan untuk diserap semula jika dia bersedia menerima suntikan vaksin itu, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Zamrose Mohd Zain.

Namun, beliau berkata keputusan untuk memberhentikan anggota berkenaan masih kekal setakat ini.

Zamrose berkata anggota tentera berkenaan sebelum ini sudah menjalani empat sesi kaunseling selepas beliau enggan menerima suntikan vaksin dan keputusannya masih sama iaitu tidak mahu menerima suntikan vaksin.

"TDM akan pertimbangkan (serap semula bertugas) jika dia mahu menerima suntikan vaksin dan saya yakin pegawai pemerintah mengambil tindakan sewajarnya.

"Segala apa yang patut anggota itu dapat kita akan serahkan," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kempen Tabung Pahlawan 2020 kepada 83 persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM pada Rabu (24 Mac).

Zamrose berkata TDM mempunyai 86,000 anggota dan tidak mahu sebarang implikasi berlaku terhadap anggota lain yang bekerja dalam pasukan.

"TDM merasakan dia tidak sesuai dengan tentera darat kerana TDM bekerja dalam kumpulan dan TDM tidak mahu sebarang implikasi kepada anggota lain kerana dia seorang sahaja yang tidak mahu menerima vaksin," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang tentera berpangkat Sarjan dipecat kerana menolak vaksin COVID-19 dan menyebabkan beliau kehilangan kelayakan untuk menerima skim pencen.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita