Tentera AS arah semua penerbangan digantung susuli 2 nahas helikopter
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
WASHINGTON: Ketua Turus Tentera Amerika Syarikat (AS), James McConville, telah mengarahkan semua penerbangan tidak penting dihgantung menyusuli dua nahas helikopter yang mengorbankan 12 anggota tentera.
Laporan media menyatakan, arahan itu dikeluarkan menyusuli nahas udara antara dua helikopter AH-64 Apache.
Kedua-dua helikopter itu sedang dalam penerbangan pulang daripada misi latihan berhampiran Fort Wainwright, Alaska pada Khamis lalu (27 Apr).
Encik McConville berkata, keselamatan anggota tentera adalah keutamaan dan menghentikan operasi merupakan langkah penting.
Ia bagi memastikan pihaknya mengambil tindakan pencegahan kemalangan dan melindungi anggota tentera mereka.
Dalam nahas tersebut, tiga anggota tentera terbunuh dan seorang lagi dimasukkan ke hospital.
Pada bulan lalu pula, sembilan anggota tentera Amerika terbunuh semasa penerbangan latihan rutin berdekatanan Fort Campbell, Kentucky, apabila dua HH-60 Blackhawks bertembung.
Kedua-dua kejadian itu sedang disiasat.

Sumber : AGENCIES/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.