Skip to main content

Dunia

Tentera Amerika siap sedia laksana hukuman mati anggota buat pertama kali dalam setengah abad: Laporan

Tentera Amerika Syarikat sedang bersiap sedia melaksanakan hukuman mati terhadap empat anggota tentera, sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan arahan sewajarnya, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik media Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Amerika siap sedia laksana hukuman mati anggota buat pertama kali dalam setengah abad: Laporan

Anggota tentera berdiri berhampiran kawat duri di sebuah kemudahan latihan tentera Amerika Syarikat di selatan Jerman, di Hohenfels, pada 30 April 2026. (Gambar hiasan: REUTERS/Angelika Warmuth)

Diterbitkan : 08 Jun 2026 09:22AM
  • Tentera Amerika Syarikat bersiap sedia melaksanakan hukuman mati terhadap empat anggota tentera yang disabit kesalahan membunuh dan merogol.
  • Pelaksanaan ini hanya akan berlaku jika Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan rasmi.
  • Pelan dalaman bernama 'Operation Resolute Justice' diedarkan pada Februari, dengan lokasi pelaksanaan di Terre Haute, Indiana.
  • Jika dilaksanakan, ini akan menjadi hukuman mati pertama terhadap anggota tentera sejak tahun 1961, menandakan langkah besar dalam sejarah ketenteraan Amerika Syarikat.
Dijana oleh AI
MOSKO: Tentera Amerika Syarikat sedang bersiap sedia melaksanakan hukuman mati terhadap empat anggota tentera, sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan arahan sewajarnya, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik media Amerika Syarikat.

Menurut ABC yang memetik dokumen dalaman Tentera Amerika Syarikat, perkara itu berkemungkinan menjadi pelaksanaan hukuman mati pertama seumpamanya dalam tempoh lebih setengah abad.

Pelan dengan nama kod “Operation Resolute Justice” itu diedarkan untuk kegunaan dalaman pada Februari dan berkaitan persiapan pelaksanaan hukuman mati terhadap empat banduan tentera yang disabit kesalahan di sebuah kemudahan di Terre Haute, Indiana, tempat banduan awam pernah menjalani hukuman mati, lapor penyiar itu pada Sabtu (6 Jun).

Menurut pelan tersebut, beberapa unit tentera diarah memastikan hukuman mati dilaksanakan “selewat-lewatnya 150 hari dari tarikh kelulusan presiden terhadap hukuman berkenaan.”

Banduan yang berdepan hukuman mati itu disabit kesalahan membunuh dan merogol.

Pelaksanaan hukuman mati terakhir terhadap anggota tentera Amerika Syarikat di negara itu berlaku pada 1961, apabila seorang askar, John Bennett, dihukum mati selepas disabit kesalahan merogol dan cuba membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Austria.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita