Tengku Zafrul sudah anggotai UMNO 'sejak dulu lagi'
UMNO mengesahkan Tengku Zafrul Abdul Aziz sudah menganggotai parti tersebut "sejak dulu lagi", lapor Malaysiakini pada Rabu (25 Mei).
(Gambar: BERNAMA)
Ini sedang senator itu disebut-sebut bakal menyertai pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata penyertaan Tengku Zafrul "bukanlah sesuatu yang baru".
“Ya, saya mengesahkan yang Zafrul adalah ahli Umno, bukan benda baru.
"Dia dah jadi ahli Umno sejak dulu lagi, sejak sebelum jadi menteri lagi,” kata beliau, seperti dipetik Utusan Malaysia.
Menurut laporan Malaysiakini, Tengku Zafrul yang dikenali sebagai tokoh perbankan, dibawa menyertai kerajaan atas kapasiti sebagai anggota Dewan Negara selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui 'Langkah Sheraton' kira-kira dua tahun lalu.
Beliau kemudian menjadi pilihan bagi menggalas jawatan Menteri Kewangan oleh Muhyiddin Yassin, yang dilantik sebagai perdana menteri.
Beliau juga dilihat cenderung kepada presiden Bersatu berkenaan.
Semakan Malaysiakini pada laman web parlimen mendapati profil Tengku Zafrul tidak menamakan dirinya sebagai anggota mana-mana parti.
Apabila Muhyiddin digantikan dengan Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob, Tengku Zafrul terus dikekalkan dengan portfolio berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.