Tengku Zafrul sah tawar diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam pemilihan parti itu nanti.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz bercakap kepada media Malaysia selepas Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Singapura pada 30 Januari 2023. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam pemilihan parti itu nanti.
Tengku Zafrul menyifatkan langkah itu signifikan dalam usaha membina ‘tapak’ politik khidmat bagi tempoh jangka masa panjang.
“Ya, saya dengan rendah diri menawarkan diri bertanding jawatan MKT UMNO untuk menyumbang khidmat kepada parti,” kata beliau dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI.
Menurut Tengku Zafrul, landskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan yang sihat dan membina.
“Politik ini sifatnya dinamik, dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara.
“UMNO sebuah parti yang berpengalaman dan Barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik, justeru saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca PRU15 dapat berjalan dengan baik,” katanya kepada Astro AWANI.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.