Skip to main content

Dunia

Tengku Zafrul kembali ke kabinet di bawah kerajaan perpaduan

Anggaran Waktu Membaca:
Tengku Zafrul kembali ke kabinet di bawah kerajaan perpaduan

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 03 Dec 2022 07:30AM
KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kewangan Malaysia,Tengku Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim, perdana menteri ketiga yang menamakan beliau dalam barisan Kabinet selepas Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin.

Tengku Zafrul akan menggantikan bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Mohamed Azmin Ali yang tewas dalam pilihan raya umum ke-15 Malaysia.

Mantan pegawai bank itu memulakan tugasnya sebagai Menteri pada 9 Mac 2020 apabila beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia di bawah pentadbiran Encik Muhyiddin seterusnya dilantik semula ke jawatan yang sama pada 27 Ogos 2021, di bawah pentadbiran Encik Ismail Sabri.

Sepanjang tempohnya di Kementerian Kewangan, kerajaan melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion (S$163 bilion) untuk menangani pandemik COVID-19.

Tengku Zafrul juga bertanggungjawab terhadap Pelan Pemulihan Negara dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana).

Beliau bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya umum ke-15 Malaysia namun kalah.

Sebelum dilantik dalam kerajaan, Tengku Zafrul ialah ketua pegawai eksekutif kumpulan dan pengarah eksekutif CIMB Group Holdings Bhd.

Encik Azmin pula berkhidmat sebagai Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari tahun 2020 hingga 2022.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita