Skip to main content

Dunia

Tengku Zafrul kekal sebagai Menteri Kewangan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sekali lagi mengesahkan bahawa Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Kewangan, Encik Mohd Shahar Abdullah di Dewan Rakyat hari ini (21 Mac), seperti dinukil Astro AWANI.

"Yang Berhormat Menteri Kewangan masih menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

Beliau menegaskan perkara tersebut sebagai menjawab persoalan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mempersoal kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan, lapor Astro AWANI.

Kementerian Kewangan sebelum ini menafikan surat peletakan jawatan Tengku Zafrul yang sedang tular.

Kementerian itu dalam kenyataan ringkas berkata, Tengku Zafrul kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu COVID-19, lapor Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita