Skip to main content

Dunia

Tengku Zafrul dilantik penasihat kanan politik perdana menteri Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Tengku Zafrul dilantik penasihat kanan politik perdana menteri Malaysia
Diterbitkan : 04 Mar 2026 11:01PM Dikemas Kini : 04 Mar 2026 11:26PM
KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa pada Rabu (4 Mac).

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

Dalam kenyataan yang sama, Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

Tengku Zafrul mengakhiri perkhidmatan beliau selaku menteri di bawah pimpinan Kerajaan MADANI pada 2 Disember lalu, serentak dengan penamatan perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara.

Kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri pula berlaku menyusuli peletakan jawatan penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 25 November lalu.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita