Tengku Zafrul dilantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 16 Feb 2023. (Gambar: Twitter/@ahmadmaslan)
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengangkat sumpah di hadapan Ahli MKT sebelum mesyuarat bermula pada malam Khamis.
Perkembangan terbaru itu dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam ciapan di Twitternya pada Khamis.
"Mesyuarat MKT UMNO pada 16 Februari 2023 dimulakan dengan YB Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yang dilantik oleh Presiden UMNO.
"Selamat berkhidmat demi #ABATA, Agama, Bangsa, Tanah Air agar #rakyat #Malaysia maju dan sejahtera atas usaha kita bersama," tulis beliau, dipetik daripada Astro Awani.
Ciapan itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kehadiran Tengku Zafrul ke Menara Dato' Onn pada Khamis malam.
Astro AWANI sebelum itu melaporkan kemunculan Tengku Zafrul di Menara Dato' Onn pada Khamis menimbulkan tanda tanya kepada petugas media.
Beliau yang memakai baju UMNO tiba pada jam 8.07 malam di lobi menara sebelum bergegas masuk ke lif untuk ke bilik mesyuarat.
Ahli Jawatankuasa UMNO Kota Raja itu sebelum ini mengesahkan akan bertanding jawatan itu dalam Pemilihan UMNO akan datang.
Menurutnya, hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin yang akan dipilih nanti menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkan UMNO.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.