Skip to main content

Dunia

Tengku Razaleigh mahu pertahan Gua Musang untuk PRU14

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang disandangnya sejak 44 tahun lalu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tengku Razaleigh mahu pertahan Gua Musang untuk PRU14

(Gambar: Tengku Razaleigh/Facebook)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 10:58PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 11:03PM

GUA MUSANG: Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang disandangnya sejak  44 tahun lalu pada Pilihan Raya Umum  ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Mengakui masih sihat dan kuat walaupun sudah berusia 81 tahun, Tengku Razaleigh yang menyandang kerusi itu sejak 1974, mahu menyambung  khidmat bakti kepada rakyat berikutan janjinya bagi membangunkan kawasan Gua Musang supaya wujud sebagai sebuah bandar maju.

"Rakyat menanti-nanti perubahan yang bakal kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan kerana hanya kerajaan itu sahaja yang menjamin untuk memakmurkan rakyat berbilang kaum di negara ini supaya nikmat dapat dinikmati bersama,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 3,000 penyokong BN pada Majlis Amanat Menghadapi PRU14 di sini, hari ini (19 Apr).

Tengku Razaleigh berkata PRU14 masih memberi peluang yang cerah untuk BN menang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi peringkat negeri Kelantan berikutan PAS berpecah belah dan anggotanya ramai lari menyertai parti  lain.

"Saya percaya akan berlaku angin perubahan melanda Kelantan pada PRU14 ini kerana kesan daripada perpecahan PAS itu," katanya.

Beliau juga turut berjanji akan menyelesaikan tanah adat Orang Asli yang diperjuangkan kaum itu selama ini jika BN kembali mentadbir negeri ini.

"Bila kita (BN) menang tak payah lagi doh mereka membuat tuntutan dengan mengadakan sekatan di laluan lori balak di kampung mereka kerana kita mampu selesaikan masalah mereka," katanya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita