Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin pada 19 April

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 45, akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita Sweden, Sofie Louise Johansson, 33 tahun pada 19 April ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin pada 19 April

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita Sweden, Sofie Louise Johansson.

Diterbitkan : 06 Apr 2019 02:39PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 02:43PM

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 45, akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita Sweden, Sofie Louise Johansson, 33 tahun pada 19 April ini.

Ketua Istiadat Istana Kelantan Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung secara sederhana dan tertutup pada malam berkenaan di Istana Balai Besar.

"Yang Teramat Mulia Tuanku turut bertitah agar cenderamata-cenderamata bersempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah.

"Yang Teramat Mulia Tuanku berharap agar sekelian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak akan dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT sehingga ke jannah," katanya di sidang media di Istana Balai Besar, hari ini (6 Apr).

Tengku Mohamed Faziharudean berkata istiadat perkahwinan itu akan dimulakan dengan akad nikah dan disusuli dengan majlis persandingan serta jamuan diraja.

"Istiadat berkenaan akan dihadiri oleh kerabat terdekat Diraja Kelantan dan kenalan-kenalan terdekat baginda.

"Mungkin selepas istiadat perkahwinan baginda akan berangkat ke majlis-majlis bersama rakyat untuk memperkenalkan isteri yang merupakan kenalan lamanya kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini kad undangan perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan tular menerusi media sosial.

Sumber : Bernama/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa