Tengkarah pemerolehan kapal perang M’sia bernilai RM9 bilion
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) parlimen Malaysia membentangkan satu laporan pada minggu lalu mengenai pemerolehan kapal tempur pesisir (LCS), dua tahun selepas memulakan siasatan ke atas kontrak bernilai RM9.13 bilion (S$2.82 bilion).
Jawatankuasa itu menyatakan bahawa projek membina enam kapal tersebut diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd (BNS) melalui rundingan langsung dan kerajaan membayar RM6.08 bilion (S$1.89 bilion) atau 66.65 peratus daripada kosnya setakat ini.
"Namun belum satu pun kapal LCS dihantar. Mengikut garis masa kami, lima kapal LCS sepatutnya sudah siap dan diserahkan kepada kami pada Ogos 2022," kata pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh semasa sidang media Khamis lalu (4 Ogos).
Isu itu menarik perhatian awam pada Ogos 2020 semasa pembentangan laporan juruaudit umum 2019 di parlimen.
PAC sudah mengadakan sembilan pusingan prosiding dari November 2020 hingga Mac 2022.
Antara mereka yang menghadiri prosiding tersebut ialah mantan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan semasa Hishammuddin Hussein yang turut menyandang jawatan itu dari Mei 2013 hingga Mei 2018, mantan ketua tentera laut Laksamana Abdul Aziz Jaafar dan pegawai dari syarikat subsidiari Boustead.
Menyusuli pembentangan laporan PAC, tentera laut Malaysia menyatakan bahawa pihaknya menyokong sepenuhnya siasatan ke atas sebarang kebocoran dalam projek itu dan mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.
Ia menekankan bahawa LCS adalah aset kritikal untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
APA DAPATAN SIASATAN PAC?
PAC mendapati bahawa tiada satu kapal pun yang sudah disiapkan meskipun kapal pertama dijadualkan untuk diserahkan pada April 2019.
Kapal kedua dan ketiga dijadual diserahkan pada Februari dan Mac 2020, kapal keempat pada Oktober 2021 dan kapal kelima pada Ogos tahun ini.
Buat masa ini, pembinaan fizikal bagi lima kapal tersebut masing-masing pada 44 peratus, 35 peratus, 32 peratus, 27 peratus dan 16 peratus.
Tidak ada kerja-kerja yang sudah dimulakan bagi kapal keenam dan yang terakhir, yang dijadual diserahkan pada Oktober tahun depan.
Laporan juga menunjukkan bahawa pandangan tentera laut sebagai pengguna tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS.
Ini menyebabkan reka bentuk asal Sigma yang dipilih oleh tentera laut diubah kepada reka bentuk Gowind pada Julai 2011.
Ia berikutan cadangan BNS kepada Ahmad Zahid, yang pada ketika itu merupakan Menteri Pertahanan Malaysia.
Reka bentuk Gowind lebih kepada kapal peronda luar pesisir dan bukan kapal tempur pesisir, menurut Encik Guna Arulalan David, timbalan ketua sekretariat jawatankuasa siastan khas mengenai tadbir urus awam, pemerolehan dan kewangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Encik Wong memetik apa yang dikatakan Laksamana Abdul Aziz, mantan ketua tentera laut sebagai berkata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan tersebut.
Laporan itu mendedahkan bahawa meskipun langkah-langkah wajar dilaksanakan, kewangan BNS lemah, dengan kerajaan terpaksa membuat bayaran awal sebanyak RM1.36 bilion (S$420 juta) meski ia bertentangan dengan prosedur kerajaan.
Laporan tersebut juga menarik perhatian kepada penyalahgunaan kuasa dan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan
BNS.
Selain itu, syarikat-syarikat subsidiari BNS tidak menggunakan semua bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk projek LCS. Mereka membelanjakan RM400 juta (S$123 juta) untuk menyelesaikan hutang lapuk projek lama NGPV (Kapal Peronda Generasi Baru).
Laporan PAC menambah bahawa BNS melantik dua syarikat untuk memperoleh peralatan daripada pengeluar produk tulen (OEM) yang menyebabkan kos pemerolehan melonjak beberapa kali.
Encik Wong juga berkata semasa sidang media itu bahawa terma kontrak tersebut lemah dan tidak berpihak kepada kerajaan. Bayarannya berdasarkan kemajuan kegiatan pembikinan ataupun penghantaran barangan dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar projek.
Encik Wong menambah terdapat inventori stok simpanan bernilai RM1.7 bilion (S$525 juta), dengan 15 peratus barangan dianggap usang.
SIAPA PEMILIK BOUSTEAD NAVAL SHIP SDN BHD?
BNS merupakan syarikat subsidiari Boustead Holdings Bhd, iaitu sebuah perniagaan konglomerat renam yang pemegang saham terbesanya merupakan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Menurut laporan tahunan 2021, LTAT memiliki 59.43 peratus Boustead Holdings Bhd.
Pada Selasa (9 Ogos), Ketua Pegawai Eksekutif LTAT Ahmad Nazim Abdul Rahman berkata pembinaan kapal-kapal itu sedang dijalankan.
Beliau mengatakan bahawa projek itu ditundakan pada 2019 dan disambung semula dengan pilihan paling murah menyusuli keputusan Kabinet pada April tahun ini.
APA KATA MENTERI PERTAHANAN?
Pendedahan mengenai kontrak LCS menyebabkan ahli politik daripada seluruh spektrum politik saling menuding jari antara satu sama lain berhubung kegagalan penghantaran kapal-kapal tersebut.
Encik Ahmad Zahid bagaimanapun menafikan sebarang tanggungjawab atas kegagalan projek tersebut dan berkata beliau bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan.
Pada 8 Ogos Encik Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa dan kerajaan harus memberikan perspektif menyeluruh mengenai isu itu. Beliau mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH) cuba untuk memberhentikan projek itu apabila mereka menang kuasa dalam Pilihan Raya 2018.
Beliau juga bimbang bahawa pendedahan kepada isu tersebut akan menjejas rahsia keselamatan negara.
Sungguhpun demikian, mantan timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong, yang menyandang jawatan itu semasa pemerintahan PH selama 22 bulan dari Mei 2018 hingga Februari 2020, berkata Encik Ahmad Zahid harus dipertanggungjawabkan kerana projek itu diluluskan oleh beliau.
Encik Mohamad Sabu, yang merupakan menteri pertahanan PH ketika itu, berkata dalam satu kenyataan bersama Encik Liew, bahawa projek tersebut berdepan kelengahan disebabkan reka bentuk terperinci, yang sepatutnya siap pada November 2016, masih belum diputuskan sehingga kini.
Mereka juga mendakwa mantan Perdana Menteri, Najib Razak dan Encik Ahmad Zahid bertanggungjawab atas kegagalan projek tersebut kerana mereka meluluskan projek itu tanpa rundingan yang sewajarnya dengan pakar.
APA LANGKAH SELANJUTNYA?
Dalam sidang media, Encik Wong, pengerusi PAC yang mengetuai siasatan ke atas kontrak itu memberikan tujuh saranan termasuk membuka kepada umum laporan mengenai pemerolehan LCS supaya ia boleh diteliti.
Beliau juga berkata bahawa pemerolehan peralatan pertahanan negara harus mengutamakan keperluan pengguna, iaitu tentera laut dalam kes LCS.
Encik Wong juga berkata Kementerian Pertahanan harus menyemak semua pilihan dan menentukan tindakan sewajarnnya bagi projek LCS dan memastikan wang orang awam dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab.
Kementerian itu juga diberitahu supaya membentangkan kemajuan projek kepada PAC setiap tiga bulan sehingga ia siap.
Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz memberitahu Dewan Parlimen pada 27 Julai bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyelesaikan siasatan berhubung perkara tersebut.
Menteri Pertahanan, Encik Hishammuddin, memberitahu Dewan Tinggi parlimen pada Isnin (8 Ogos) bahawa kementerian itu diberikan tempoh enam bulan untuk menyambung semula projek dan beliau percaya kapal pertama akan diserahkan dalam masa dua tahun.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berjanji bahawa siasatan berhubung isu itu akan dijalankan dengan telus dan kerajaan tidak akan beri perlindungan kepada sesiapa yang terlibat.
Encik Ismail berkata beliau sudah menghubungi Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya MACC Azam Baki selepas mesyuarat Kabinet untuk ambil tindakan segera berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut.
Encik Ismail Sabri menambah bahawa kerajaan komited untuk meneruskan projek LCS demi keselamatan negara selaras dengan keperluan tentera laut.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.