Tengkarah belon udara China-AS 'rintangan' dalam interaksi 2 kuasa besar: Dr Vivian Balakrishnan
Tengkarah antara China dengan Amerika Syarikat berhubung belon perisik China disifatkan sebagai satu "rintangan" dalam interaksi antara kedua-dua kuasa besar itu.
BEIJING: Tengkarah antara China dengan Amerika Syarikat berhubung belon perisik China disifatkan sebagai satu "rintangan" dalam interaksi antara kedua-dua kuasa besar itu.
Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkongsi pandangan mengenai isu tersebut di akhir lawatan beliau selama tiga hari ke Beijing.
Dr Balakrishnan berkata beliau telah membincangkan isu itu dengan Menteri Luar baru China, Qin Gang, semalam (20 Feb) tanpa mendedahkan perincian lanjut.
Beliau turut lahirkan rasa gembira bahawa para diplomat kanan China dan Amerika telah mengadakan perbincangan terbuka dan telus di luar Persidangan Keselamatan Munich.
"Saya berharap bahawa ini akan memulihkan perbincangan dan kerjasama yang sangat perlu antara Amerika Syarikat dengan China.
"Ini mungkin satu perkara untuk kedua-dua kuasa besar itu huraikan. Namun bagi kita di seluruh dunia, kita mahu mereka mencapai kesepakatan.
"Ini akan membawa kestabilan dan ketenangan yang diperlukan dunia ketika ini," kata Dr Balakrishnan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.