Skip to main content

Dunia

Tenggiling Indonesia hampir pupus dek perdagangan haram

Lebih 35,000 tenggiling dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia antara tahun 2010 dengan 2015.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Dec 2017 10:50PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 10:52PM

JAKARTA: Lebih 35,000 tenggiling dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia antara tahun 2010 dengan 2015.

Haiwan tersebut hampir pupus kerana sering dibawa keluar secara haram ke merata dunia, menurut satu kajian oleh kumpulan pemantau perdagangan hidupan liar, Traffic.

Ia turut mendedahkan bahawa kira-kira 130 suspek ditangkap berkaitan dengan perdagangan haram tersebut sejak enam tahun lalu di Indonesia.

Di segelintir kawasan pedalaman Afrika, Asia Tenggara termasuk Indonesia, tenggiling merupakan satu hidangan istimewa yang dicari-cari dengan Sumatera dikenal pasti sebagai 'hotspot'.

Selain itu, ia juga merupakan antara ramuan perubatan tradisional terutama sekali di China dan Vietnam.

Menurut kajian tersebut, Indonesia berfungsi sebagai pengantara utama kepada penyeludup di Malaysia dan Singapura.

Namun, pemerintah Indonesia menyatakan bahawa ia tidak boleh membanteras perdagangan haram tenggiling secara sendirian. Ia turut menggesa negara lain untuk membantu.  

Sumber : AFP/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita