Tengah Myanmar dilanda puting beliung; 6 maut, lebih 100 cedera
Anggaran Waktu Membaca:
YANGON: Enam orang maut dan 109 yang lain cedera selepas puting beliung kuat membadai tengah Myanmar pada Jumaat (21 Apr), lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Bencana alam itu melanda kampung di bandar Lewe, Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw pada kira-kira 6.45 petang waktu tempatan (GMT 1215) pada Jumaat, kata Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar.
"Enam maut di tempat kejadian dan 109 yang lain cedera akibat angin kencang. 16 daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai polis tempatan kepada Xinhua pada Sabtu, sambil menambah tiada lagi kematian dilaporkan sehingga pagi ini.
Mereka yang maut termasuk dua lelaki dan empat perempuan, kata jabatan bomba sambil menambah lebih 200 rumah turut rosak akibat puting beliung itu.
Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw, kata jabatan bomba sambil menambah bahawa operasi menyelamat sedang dijalankan.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.