Temu bual Trump bersama Musk di X terganggu dek 'serangan siber'
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Amerika Donald Trump (kiri) dan pemilik X Elon Musk. (Gambar: AP)
LOS ANGELES: Hartawan Amerika Syarikat, Elon Musk mendakwa berlaku serangan siber yang besar terhadap platform media sosial X miliknya, menyebabkan rancangan wawancara beliau dengan calon Presiden Republican, Donald Trump, terganggu pada Isnin (12 Ogos).
Ribuan pengguna X mengadu tidak dapat mengikuti wawancara itu apabila ia sepatutnya bermula.
Namun, Encik Musk meneruskan wawancara tersebut dengan jumlah pendengar yang lebih kecil.
Beliau berjanji akan menyiarkan sepenuhnya wawancara itu di platform X apabila masalah teknikal sudah dapat diatasi.
Para pengamat menyifatkan wawancara itu sebagai sebahagian daripada usaha Encik Trump hendak meningkatkan semula sokongan pengundi kepada beliau.
Sokongan itu berkurangan setelah Naib Presiden, Kamala Harris menggantikan Presiden Joe Biden sebagai calon.
Encik Musk, yang pernah berkata beliau sebelum ini mengundi parti Democrat, telah menyuarakan sokongannya kepada Encik Trump sejak seorang lelaki bersenjata cuba membunuh calon Republican itu di sebuah perhimpunanan bulan lalu.
Encik Trump pernah dilarang menggunakan platform Twitter menyusuli insiden pencerobohan ganas oleh penyokongnya ke atas bangunan Capitol pada 6 Januari 2021.
Akaunnya dikembalikan Encik Musk selepas beliau mengambil alih platform Twitter lalu menamakannya semula sebagai X.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.