Tempoh reman Namawee dilanjutkan hingga 13 Nov
Tempoh reman penyanyi rap Malaysia Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dilanjutkan selama tiga hari hingga Khamis ini (13 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Tempoh reman penyanyi rap Malaysia Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dilanjutkan selama tiga hari hingga Khamis ini (13 Nov).
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata perintah lanjutan reman itu bermula esok setelah tempoh reman dari 5 November lalu berakhir hari ini (10 Nov).
“Permohonan melanjutkan tempoh reman Namewee dibenarkan hingga 13 November,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Media sebelum ini melaporkan pemuzik itu didakwa individu terakhir dilihat bersama dengan pempengaruh dari Taiwan, Hsieh Yun Hsin, dianggap penting dalam siasatan dan sudah pun menyerahkan diri pada Rabu lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu ditemui mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, di Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam siasatan yang sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki serta menggunakan dadah dan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.