Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tempoh penutupan Teluk Maya di Krabi dilanjutkan hingga bulan ini

Pihak berkuasa Thailand sudah melanjutkan tempoh penutupan Teluk Maya di Krabi dan ini mencetuskan kemarahan para pengendali pelancongan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh penutupan Teluk Maya di Krabi dilanjutkan hingga bulan ini
Diterbitkan : 03 Oct 2018 07:35PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 07:38PM

THAILAND: Pihak berkuasa Thailand sudah melanjutkan tempoh penutupan Teluk Maya di Krabi dan ini mencetuskan kemarahan para pengendali pelancongan.

Teluk Maya yang dipaparkan dalam filem Hollywood, The Beach, mulanya ditutup antara Jun hingga bulan lalu kerana sebab-sebab sekitaran.

Tempoh itu kemudian dilanjutkan sehingga bulan ini.

Namun para pegawai kini berkata teluk yang indah itu akan ditutup hingga ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Alasannya, kerosakan sistem ekologi marin teluk itu belum dapat ditangani sepenuhnya.

Para pengendali pelancongan berkata keputusan itu menjejas perniagaan mereka dan merancang untuk mengemukakan petisyen membantah keputusan tersebut.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan