Skip to main content

Dunia

Tempoh berkempen 14 hari memadai, kata PM Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh berkempen 14 hari memadai, kata PM Ismail Sabri

Gambar fail: Ismail Sabri Yaakob/Facebook

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh 14 hari berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), adalah mencukupi.

Naib Presiden UMNO itu berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap parti politik untuk membuat perancangan bagi memastikan tempoh yang diberikan SPR itu mencukupi buat mereka berkempen bagi menghadapi pilihan raya.

“14 hari cukup. Dulu pun 14 hari, ada masa kurang dari 14 hari. Jadi parti-parti politik kena buat perancangan masing-masing untuk pastikan cukup masa 14 hari tersebut. Kalau terlampau lama orang mengadu juga terlalu lama, penat kerja dan macam-macam.

“Jadi SPR dah tentukan, jadi kita akur dengan SPR dan bekerja berdasarkan jumlah hari yang disediakan untuk berkempen,” katanya kepada wartawan selepas majlis pelancaran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor di Puncak Alam hari ini (20 Okt).

Pengerusi SPR Abdul Ghani hari ini mengumumkan 19 November sebagai tarikh mengundi bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November manakala tarikh mengundi awal pada 15 November.

Berikutan itu, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 5 November sehingga pukul 11.59 malam, 18 November.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita