Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tembakan kedengaran dekat Kedutaan Israel di Stockholm

Anggaran Waktu Membaca:
Tembakan kedengaran dekat Kedutaan Israel di Stockholm

Gambar: TT News Agency/Reuters

Diterbitkan : 17 May 2024 09:50PM Dikemas Kini : 17 May 2024 09:51PM
STOCKHOLM: Polis Sweden telah mengepung sebuah kawasan di Stockholm selepas para pegawai yang melakukan rondaan terdengar bunyi tembakan, menurut para pegawai, dengan Kedutaan Israel terletak di kawasan tersebut.

Polis bagaimanapun enggan mengulas sama ada terdapat kaitan antara insiden tembakan itu dengan Kedutaan Israel itu, lapor agensi berita Sweden TT.

"Para pegawai polis yang meronda Strandvagen di Stockholm terdengar bunyi kuat dan mengesyaki berlaku tembakan," menurut polis di laman webnya sejurus selepas tengah malam, sambil menambah bahawa kawasan yang terjejas terletak antara Jambatan Djurgarden di ibu kota itu dengan Taman Nobel dan Gereja Oscar.

"Sehubungan dengan siasatan forensik yang sedang dijalankan, hasil siasatan menguatkan syak wasangka bahawa tembakan berlaku," menurut para pegawai polis.

Menurut polis, siasatan terhadap jenayah senjata yang disyaki serius telah dilancarkan dan pihak berkuasa sudah menahan beberapa orang yang dipercayai terkait dengan kejadian itu.

Jurucakap pejabat pendakwa raya berkata tiada seorang pun daripada mereka akan terus ditahan.

Kedutaan Israel tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan